Rasulullah SAW bersabda :
"Cukuplah bagimu MATI
sebagai penasihat"
(HR al-Baihaqi)
Selalulah kita ingatkan diri kita sendiri bahawa hari ini mungkin hari terakhir kita hidup di dunia ini.
Setiap hari apabila bangun dari tidur, cakaplah pada diri kita :
" wahai diri, hari ini mungkin hari terakhir aku hidup di dunia.
Oleh itu, aku tidak akan menangguhkan ucapan kasih sayangku kepada semua yang akrab denganku.
Aku tidak akan menangguhkan amal kebaikan yang telah lama aku berazam untuk lakukan.
Aku tidak akan menunggu lagi untuk meminta maaf dan memberi maaf kepada semua orang yang aku bersalah dengannya atau yang bersalah denganku."
Mudah-mudahan bila kita sentiasa ada self-talk kita yang positif di awal pagi akan mengubah hidup kita menjadi lebih positif dan berjaya di dunia dan akhirat.
Hati yang sentiasa mengingati mati adalah hati yang hidup.
"Syaitan tidak akan mencuri rumah, kenderaan, harta, pangkat, pekerjaan kita. Tapi syaitan terus mengintai kita untuk mencuri keimanan yang kita miliki. Kerana syaitan sangat memahami, yg paling berharga dalam setiap diri manusia itu adalah IMAN"
Saturday, 7 December 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment